Asyik duk bercerita pasal kereta sewa jer kan, kali ni kita bawak cerita pasal makan-makan pulak. Tapi kalau nak sewa kereta tu jangan lah lupa akan Kereta Sewa PJ yer.
Ada siapa-siapa yang cari kelainan sikit untuk dinner? Well anda boleh datang ke Restoran Murni yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Restoran Murni ni banyak gak cawangan lain, ada jugak di Bandar Tasik Permaisuri dan Bukit Jalil. Apa yang menarik tentang Resoran Murni ialah mereka menawarkan pelbagai hidangan dengan portion yang banyak. Maknanya, kalau anda makan spageti di tempat lain seorang makan RM12, di sini, RM12 tu sepinggan yang 2 orang punya makan. So memang sesuai untuk mereka yang perut dia “tong besar”.
Sampai di sini, memang sesak. Yelah. Kedai sedap kan. So kami gerak awal time ni. Sebelum magrib dah gerak. Sebab orang kata kalau malam baru nak gerak table selalu full and parking pon payah nak dapat. Biasanya anda akan dapat table yang dibuka di sepanjang kaki lima kedai. Tapi tak payah risau sebab ramai je pelayan restoran ini. So biasa anda panggil je mereka akan terus ambil order. Dan order pon takda lah sampai lambat even orang ramai, dalam 15-20 minit dah boleh dapat dah hidangan anda.
Antara hidangan yang famous kat sini adalah Mee Raja, Spicy Arrabiata, Spagetti Seafood, Dragon Pizza, Nasi Lemak Special, Sizzling Mee, Nasi Goreng Terpedo, Nasi Goreng Seafood Super Pedas dan pelbagai lagi.
Antara hidangan air popular ialah I Love You, I Miss You, I kiss You, Pink Panther, Milo Dinosaur dan Teh 3 Layer.
Makanan kat sini semua sedap! Saya telah mencuba Spicy Arabbiata dan rasanya sangat pedas (serius). Selain itu, banyak isi seperti fishball, daging, ayam diletakkan. Harganya cuma RM12 dan saya minum Teh 3 Layer dan harganya RM3. Selain itu, saya turut merasa Mee Raja Special. Mee ini lain dari yang lain. Teksturnya macam Maggi, tapi lagi sedap. Memang banyak sampai tak habis makan. Dan yang paling sedap? Seafood Spagetti! Haha. Kalau kaki seafood memang wajib lah try spagetti ni. Payah nak jumpa ni!
Keseluruhannya, Murni SS2 menawarkan pelbagai hidangan yang rasanya sedap, berpatutan dan banyak! 4.8/5!
Note: posting ini di copy n paste (ada edit skit) dari http://myselera.com/restoran-murni-ss2/
Hotline 1300-88-4040.
* KLezBike | Harley Davidson Rental in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040